Perkhidmatan Yang Sah Dan Berlesen

Pelaburan & Pengurusan Kewangan

Takaful & Insurans

Unit trust & Private Retirement Scheme (PRS)

Pelaburan & Pengurusan Kewangan

Takaful & Insurans

Unit trust & Private Retirement Scheme (PRS)

Tentang Penasihat Kewangan

Perancangkewangan.com terdiri daripada tiga (3) Penasihat Kewangan.

Apa itu Penasihat Kewangan Berlesen? 

Di Malaysia, Penasihat Kewangan Berlesan harus memiliki lesen Capital Market Service Representative Licence (CMSRL) untuk berurusan dalam aktiviti perancangan kewangan. Lesen ini didapatkan dari Securities Commission (SC).

Selain itu, kami juga memegang lesen Financial Adviser Representative (FAR) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Lesen ini membolehkan penasihat kewangan menyediakan perkhidmatan berkaitan takaful & insurans.

Kami juga mendapatkan lesen dari Federation of Invesment Managers Malaysia (FIMM) untuk memberi nasihat dan mencadangkan produk-produk unit trust dan Private Retirement Scheme (PRS).

Setiap cadangan & solusi yang kami tawarkan berdasarkan analisa yang menyeluruh dan berhati-hati mengikut situasi khusus pelanggan tersebut, ini memastikan pelanggan kami mendapat khidmat yang telus dan terbaik yang memenuhi keperluan pelanggan tersebut.

Tauliah Badan Professional

Pasukan kami memiliki pensijilan profesional yang diiktiraf iaitu Shariah Registered Financial Planner (Shariah RFP) oleh Malaysian Financial Planning Council (MFPC), Islamic Financial Planner (IFP) oleh Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) serta Financial Planning Association of Malaysia (FPAM).

Matlamatnya adalah untuk memastikan orang ramai akan mendapatkan perkhidmatan perancangan kewangan yang berkualiti tinggi di seluruh negara yang diiktiraf antarabangsa. Semua program tersebut diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sebagai kelayakan yang diluluskan masing-masing untuk mendapat nama Licensed Financial Planner (LFP) dan Capital Market Services Licence respectively (CMSLR).

  • Head Islamic Wealth Advisory di FA Advisory SDN Berhad
  • Felo Akademik perbankan dan kewangan islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIA)
  • Ahli Penasihat Shariah di Hong Leong MSIG Takaful Berhad
  • Turut terlibat sebagai pelatih, penulis buku dan penulis modul bagi program persijilan Islamic Financial Planner (IFP).
  • 10 tahun pengalaman dalam industri kewangan
  • Berpengalaman dalam ‘audit procedures’, ‘special audit works’, dan ‘due diligence audit & advisory’
  • Mula mendapat lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2017 untuk terlibat aktif dalam industri pengurusan kewangan.
  • Graduan Universiti Tun Abdul Razak dalam Perancangan Kewangan Islam (kepujian)
  • Mendapat penghormatan dengan Pensijilan Islamic Financial Planning daripada FPAM dan IBFIM
  • Giat berkongsi hal berkaitan ilmu kewangan berlandaskan syariah, sesuai sebagai seorang Perancang Kewangan Berlesen dan muslim.