Kami bukan sekadar menawarkan khidmat perancangan kewangan bermula daripada kelahiran pertama anak anda sehinggalah anda menjalani usia emas. Bahkan turut menawarkan khidmat perancangan harta pusaka.
Antara langkah pertama dalam pengurusan kewangan ialah untuk memahami tahap kewangan anda sekarang. Selepas itu barulah kita merangka strategi kewangan yang sesuai.
Seperti laporan kesihatan yang menerangka tahap bacan gula, kolesterol dan sebagainya – Laporan kewangan turut menilai tahap kewangan daripada pelbagai sudut aspek. Hasil keputusan tahap kewangan anda akan didokumentasi (selalunya sekitar 15-20 halaman) khusus buat anda.
Melalui hasil pemeriksaan ini, anda akan mendapat nasihat kewangan oleh PERANCANG KEWANGAN BERDAFTAR secara bersemuka. Selain daripada itu, hasil keputusan ini turut menyentuh tentang aliran tunai dan ‘net worth’.
Antara terlebih mengambil takaful atau terkurang mengambil takaful, kedua-duanya bukanlah langkah yang baik buat kewangan anda.
Sebagai PERANCANG KEWANGAN BERDAFTAR kami ingin membantu anda mengenal pasti adakah anda memerlukan jenis takaful yang tertentu, melakukan perbandingan polisi antara penyedia takaful, dan mengesyorkan takaful yang sesuai dengan keperluan anda.
Jika anda sudah memilki takaful, dan dalam proses menyemak kembali keperluan takaful anda (digalakkan dilakukan setiap tahun atau 2 tahun sekali), dapatkan khidmat kami. Supaya anda tidak perlu berbelanja lebih bagi takaful yang tidak perlu.
Persaraan ialah waktu di mana kita mempunyai masa dan keupayaan untuk melakukan sesuatu perkara yang kita ingini. Namun tak semua orang dapat mencapai impian ini. Ada antara kita terpaksa terus bekerja semata-mata untuk menyara kehidupan, bukan atas sebab minat.
Kami tak mahu anda berada situasi sebegini. Oleh itu, menawarkan khidmat untuk merangka plan persaraan yang anda inginkan. Impian kami, anda mampu bersara dalam keadaan anda mempunyai dana yang cukup untuk menyara kehidupan.
Dana persaraan selalunya bergantung pada jangkaan gaya hidup anda selepas bersara, kadar inflasi dan banyak lagi. Ayuh bersama kami dalam merangka hari persaraan anda yang lebih tenang.
Kami membantu anda membangunkan pelan pelaburan yang bersesuaian dengan kehendak anda. Serta memberi pandangan kepada anda tentang pelan pelaburan yang sesuai dengan tahap risiko anda.
Jika anda sudah terlibat dalam pelaburan, kami mampu membantu anda mengenal pasti pelan pelaburan yang seimbang di antara jenis-jenis pelaburan yang berbeza. Hal ini cukup penting bagi memastikan anda dapat melabur dengan santai, bukannya penuh dengan penuh tekanan.
Tidak dilupakan, sebagai Perancang Kewangan Berdaftar, kami turut mendapat akses kepada maklumat yang ekslusif. Jadi siakan peluang untuk dibantu oleh kami ini.
Adakalanya pendidikan anak-anak anda menelan belanja yang cukup besar. Terutamanya yuran pengajian tinggi yang secara purata meningkat 6-8% setahun, bersama dengan kesan inflasi. Kesan daripada ini, ada di antara kita terpaksa menamatkan pengajian di pertengahan jalan akibat kekurangan dana.
Jangan biarkan anak anda mengalami situasi yang sama. Kami percaya, anda sebagai ibu bapa ingin melihat anak anda melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka minati.
Oleh itu, bantu mereka mendapat pendidikan yang baik dengan mula membuka dana pendidikan bersama kami sejak mereka masih kecil.
Semua yang anda miliki ialah harta pusaka anda, seperti wang, kereta, insurans, dan lain-lain.
Bila tiba masanya, anda ingin tinggalkan legasi anda sebagaimana cara yang anda inginkan, buat orang yang anda mahu. Miliki plan pengurusan aset anda setelah anda tiasa. Supaya yang tersayang dapat meneruskan hidup walaupun setelah ketiadaaan anda di sisi.
Kami mampu membantu anda membangunkan perancangan harta pusaka yang cekap dan berbaloi. Supaya aset anda mampu di serahkan buat orang yang benar-benar perlu.