Facebook
Twitter
LinkedIn

Keperluan vs Kehendak

mrplanner

Adakah anda tahu perbezaan antara keperluan dan kehendak?

Sebelum kita teruskan, anda perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan keperluan dan kehendak?

Dan anda juga perlu tanya diri adakah sesuatu barang yang anda inginkan itu adalah satu keperluan atau hanya untuk memenuhi kehendak nafsu sahaja?

Jadi, apa itu keperluan dan kehendak?

Keperluan “needs” adalah sesuatu yang asas yang anda perlu dan mesti dipenuhi untuk seseorang itu meneruskan kehidupan.

Dalam erti kata lain, keperluan adalah tuntutan semulajadi yang mudah dipuaskan.

Disini sebagai contoh, kita hanya perlu makan untuk hidup sahaja, bukan hidup untuk makan.

Contoh yang lain, anda perlu membayar sewa rumah, ini adalah keperluan yang mandatori kepada setiap orang. Jika tidak, anda tidak mempunyai tempat tinggal.

Kehendak “wants” pula ialah sesuatu yang kita inginkan dimana ianya bukanlah sesuatu yang perlu untuk anda meneruskan kehidupan.

Hanya keinginan anda apabila melihat orang lain memiliki barang yang “melebih-lebih” dan kita juga ingin memilikinya.

Kadangkala kehendak juga mustahil untuk dicapai sekiranya tidak diiringi dengan usaha, matlamat dan impian.

Sebagai contoh, anda ingin membeli pakaian yang berjenama. Tetapi masih ada yang berkualiti dengan harga yang mampu milik.

Erti kata lain, anda tidak perlu berfikir dua tiga kali untuk membelinya.

Senario 1:

Pada masa kini, dimana pembelajaran menerusi kaedah “online” adalah sesuatu yang wajib. Oleh itu, Amin memerlukan sebuah komputer riba untuk belajar dan menyiapkan kerja yang diberikan.

Senario 2:

Naufal sudah memiliki sebuah komputer riba, tetapi kerana melihat kawannya memiliki Apple MacBook, Naufal turut ingin membelinya juga.

Meskipun, komputer ribanya masih dalam keadaan yang baik, demi memenuhi kepuasan dan kehendak nafsunya sahaja dia ingin memiliki dan membelinya.

Justeru itu, untuk membeli sesebuah barang atau benda ambillah masa untuk berfikir sejenak sama ada itu benar benar perlu atau tidak mengapa jika kita tidak memilikinya.

Dengan ini, beringatlah seseorang yang boleh membezakan antara kehendak dan keperluannya adalah orang yang bijak dalam pengurusan kewangan.

Masih Bingung Urus Kewangan Di Tahun ?

Dapatkan khidmat nasihat kami sebagai perancang kewangan yang berlesen dengan mengisi borang di bawah. 

Contact Form Blog

Artikel Lain