Kepentingan life atau family takaful ni pelbagai. Antaranya:
1. Pengganti pendapatan bulanan
Untuk ahli keluarga yang bergantung sepenuhnya dengan kita dari segi kewangan
Bayangkan pendapatan stop terus tiba-tiba, takde notis apa-apa. Dengan life takaful, keluarga kita ada buffer beberapa bulan / tahun dapatkan pendapatan lain sebelum pampasan takaful habis.
2. Melangsaikan hutang
Hutang yang kita tinggalkan sekiranya masa kita sampai (meninggal dunia / lumpuh kekal) & hutang belum habis bayar
Kita dapat selamatkan diri sendiri dalam urusan ‘di sana’, dan keluarga kita pun boleh kekal tinggal di rumah yang sama.
3. Sumber kewangan untuk kerja kebajikan
Pernah tak terfikir macam mana kita boleh bantu charity dengan significant, macam mana kalau kita boleh dermakan atau wakafkan harta enam angka (minima RM100,000)?
Haa, dengan family/life takaful, kita boleh lakukan perkara ni, dengan ambil polisi dengan pampasan RM100,000 kemudian hibahkan ke pusat charity yang kita sokong. Ini adalah saluran untuk kita tinggalkan amal jariah berpanjangan.
Sumber kewangan uruskan pusaka
Kita perlu tahu, harta pusaka perlu diuruskan dan ada kos-kos untuk mentadbir.
Sekiranya kita tak sediakan dana untuk cover kos uruskan harta, simpanan, dan pelaburan yang kita tinggalkan, susah keluarga kita nak mentadbir pusaka, ini akan melewatkan urusan kerana waris perlu keluarkan duit sendiri dulu untuk uruskan.
Pernah tak terfikir macam mana nak jadikan dunia ini lebih baik, kita boleh elakkan keluarga kita dari kemiskinan, dapat pelajaran sempurna supaya mereka boleh dapat hidup berkualiti.
Mungkin kita sebelum ni dari keluarga susah, belajar dan kerja keras untuk capai kehidupan sekarang.
Zaman anak-anak kita pun mereka masih perlu belajar dan usaha keras, dengan pampasan takaful semasa kita tiada, peluang untuk mereka lebih cerah berbanding usaha dari kosong yang mana cabaran untuk menyerah sangat tinggi (banyak kes-kes masalah sosial dan jenayah berpunca dari kemiskinan).