Facebook
Twitter
LinkedIn

Cara Merancang Pelaburan untuk Bersara

mrplanner

Ramai orang yang nak masuk PRS atau invest dalam Unit Trust menggunakan duit KWSP. Bila ditanya kenapa? Kebanyakannya nak maksimakan pulangan.

Cara yang lebih baik kita perlu rancang dulu & tahu nombor persaraan kita.

Ini langkah sebelum menyimpan atau melabur untuk persaraan:

1. Set umur berapa untuk persaraan.

Persaraan yang biasa adalah pada umur 55 tahun. Tapi kita boleh juga tetapkan pada umur lain contohnya lebih lewat, umur 60 atau lebih awal pada umur 50. 

Kenapa perlu set ini dulu? Sebab nak tahu berapa tahun untuk sediakan dana persaraan, dan berapa lama tempoh dari sekarang hingga tahun bersara. Lepas dah set, kira berapa lama hidup kita lepas bersara, dengan umur purata jangka hayat rakyat Malaysia 75 tahun. 

Katakan kita pilih umur 55, 75 – 55 = 20 tahun. Jadi lepas kita bersara, kita masih teruskan hidup, berbelanja tanpa pendapatan, selama 20 tahun, dan berapa tahun lagi kita ada untuk kumpul dana yang nak digunakan sepanjang 20 tahun tu.

2. Set berapa amaun bulanan

Berapa yang cukup untuk sara kos hidup anda selepas berhenti bekerja atau bersara.

Contoh RM5,000 sebulan. Maka setahun RM60,000.

3. Kirakan jumlah keseluruhan dana yang kita perlu sepanjang tempoh bersara

Katakan kita kira di step 2 tadi iaitu RM60,000 setahun didarab dengan contoh 20 tahun tadi. 

Bila didarab, jumlahnya akan jadi RM1.2 Juta.

Tapi tunggu dulu, jumlah ini masih belum lengkap sebab belum ambil kira kenaikan kos (inflasi) dalam jangka masa panjang.

Cara kira yang sebenar kena guna Future Value of Annuity.

Dengan pengiraan Future Value of Annuity, kita akan dapat dua maklumat:
i. Berapa nilai RM5,000 sekarang pada tahun kita bersara

ii. Berapa total nilai kita perlukan selepas ambil kira inflasi

4. Kenalpasti berapa resources sedia ada

Sepanjang kita bekerja, sudah pasti ada sikit sebanyak yang terkumpul untuk persaraan. Caruman KWSP dan PRS contohnya.

Contoh mencarum dalam KWSP, dengan caruman semasa bekerja, tambah dividen setiap tahun, kita akan ada RM200,000 dalam KWSP masa bersara. Maka ada baki RM1 Juta lagi sebagai nombor sasaran nak kumpul untuk persaraan

1 Juta tu banyak? Jangan risau sebab itu kita kira sekarang, dan kita boleh pilih investment vehicle yang sesuai untuk kumpul 1 juta tambahan masa kita bersara, sesuai dengan toleransi risiko kita boleh terima, dan samada pelaburan lum sum sekaligus, tahunan, bulanan, atau kombinasi semuanya.

Masih Bingung Urus Kewangan Di Tahun ?

Dapatkan khidmat nasihat kami sebagai perancang kewangan yang berlesen dengan mengisi borang di bawah. 

Contact Form Blog

Artikel Lain