Sebelum anda memilih sesuatu pelaburan, sangat penting untuk anda lakukan perkara ini terlebih dahulu.
Tetapkan objektif, sasaran & jangka masa pelaburan yang nak dibuat.
Adakah untuk perkahwinan, beli rumah, menunaikan haji, dana tambahan persaraan atau untuk dana pendidikan anak anda.
Dari situ, letakkan sasaran amaun yang nak dicapai dan juga sama ada untuk jangka masa sederhana (5 tahun) atau jangka masa panjang (10-20 tahun).
2. Ukur tahap toleransi risiko peribadi anda
“One shoe will not fit every foot”, dalam kata lain, kita tak boleh pilih satu alat pelaburan sebab nak ikut orang lain.
Yang ini anda boleh buat pencarian di ‘google’ dengan kata kunci ‘investment risk profile questionnaire.’
Antara faktor yang mempengaruhi tahap toleransi risiko seseorang adalah situasi kewangan semasa sama ada cukup simpanan tunai atau tidak, umur ataupun pengalaman anda dalam pelaburan dan juga beberapa faktor lain.
3. Pilih sama ada pelaburan tersebut anda nak uruskan sendiri atau serahkan kepada pihak profesional.
Walaupun anda ada kemahiran atau pengetahuan, adakalanya faktor favourotism, kurangnya kelapangan masa juga akan menyebabkan anda tidak berkesempatan untuk menguruskan dan memantau sendiri pelaburan yang dibuat.
4. Semak status pelaburan sama ada dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau tidak.
Semakan perlu dibuat di portal sah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sahaja. Jangan sesekali terpedaya dengan pulangan tinggi yang dijanjikan atau janji manis yang dibuat.
5. Senaraikan pelaburan-pelaburan yang anda jumpa atau yang diperkenalkan/dicadangkan kepada anda.
Melalui senarai tersebut, buat perbandingan ciri ciri & tahap risiko setiap pelaburan sama ada bertepatan dengan 4 langkah pertama yang dibuat.
Anda juga boleh memilih untuk mempelbagaikan pilihan pelaburan sekiranya anda ada objektif pelaburan yang berlainan.